Thursday, 21 April 2011

Highway 1



Bagi saya, tujuan kita hidup ini ibarat berada di tgh2 highway. Setiap orang mempunyai destinasi masing2 bila berada di atas highway dan bukan saje2 nak travelling. Kita hidup diatas muka bumi ini pun bukan saje2 nak berseronok, tapi mempunyai matlamat, iaitu destinasi hidup kita. Apa destinasi hidup kita?????? Iaitu bertemu dengan Allah s.w.t di ahkhirat kelak.…Diatas highway mempunyai pelbagai dugaan. Antaranya mengantuk semasa memandu, handphone berdering, sms masuk, hujan, accident dan lain2 lg dugaan. Kalu di dunia pula, maksiat, hiburan melampau, harta kekayaan, pangkat,godaan  wanita bagi lelaki dan lain2 dimana tu semua boleh mengganggu dan memberi dugaan dlm perjalanan hidup kita ini untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Jika tersilap sikit, maka kita akan terbabaslah daripada matlamat kita iaitu bertemu dgn Allah s.w.t. Masyallah, takutnya……

Di R&R adalah tempat kita berehat, mengisi perut yang lapar, tidur jika kita mengantuk dan mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan. Kalu kita lalai di R&R,  lepak  dan tidur terlalu lama maka terganggu lah perjalanan kita. Jika kita lalai, berseronok yang melampau, melupakan syahadah kita, maka kita berdepan masalah bila bertemu Allah s.w.t. Di dunia ni ialah tempat mencari ilmu dan rezeki untuk dijadikan bekalan hingga bertemu dengan Allah. Tetapi jgnlah kita mencari ilmu itu dengan kita melupakan Allah s.w.t dan jgnlah kita mencari rezeki serta kekayaan itu sehingga kita melupakan matlamat hidup kita.  Carilah ilmu dan carilah rezeki kerana Allah s.w.t supaya kita tidak menjadi hamba pada dunia. Sebaik-baiknya Ilmu dan rezeki itu dibawa kejalan Allah s.w.t seperti berdakwah.
Signboard ditepi jalan, tanda hadlaju, tanda jarak perjalanan dan telefon kecemasan ialah alat bantuan dan panduan kita untuk mengelakkan kita dari sesat diatas highway. Panduan kita hidup kat dunia ini adalah al-Quran dan Hadith, para ulama ialah telefon kecemasan bila kita ada masalah supaya kita tidak sesat di dunia. Berpegang pada al-Quran dan Hadith akan menjamin keselamatan hidup dunia dan akhirat. Setiap apa yang kita nak lakukan mestilah berasaskan al-Quran dan Hadith. …. Manakala uban dan pipi kendur pula adalah tanda jarak kita berapa jauh sudah perjalanan. Tapi kematian ini, tak kenal berapa umur seseorg itu. Ia tidak akan lambat sesaat atau awal sesaat. Jika dah smpi masanya, mati tetap mati, tak kira tua atau muda. Maka bersedialah untuk mati.


Yang paling utama ialah beribadahlah pada Allah s.w.t. Ini   adalah paling asas sekali bagi kita hidup di dunia ini.( Ar-Rahman55:15)“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku”. Semua perkara yang baik adalah ibadah termasuklah bekerja untuk mencari rezeki, menuntut ilmu dan bersenam. Tapi, perkara seperti solat, puasa, dan zakat  adalah perkara yang tak boleh kita ambil mudah. Untuk menjadi seorg Islam pekara2 tersebut  mestilah kita lakukan dengan sempurna kerana ia termasuk dlm rukun Islam.

So, igtlah 3 perkara ini dalam perjalanan hidup kita ……..beribadah, menuntut ilmu dan mencari rezeki untuk dijadikan bekalan di depan Allah s.wt kelak nanti......

Saturday, 16 April 2011

Pintu Masuk

Assalamualaikum to all ladies and gentlemen. Blog ni adalah bertujuan memberi perkongsian tentang kehidupan kita, tentang Islam dan lain-lain. So, sama2 lah kita sharing.Mungkin anda ada ilmu yang lebih bolehlah berkongsi kat sini..


Iman kita ni adalah sifat lemah dan dia ni selalu turun naik. Kitalah yang kena menjaganya....Kalu  tak jaga iman ni, maka jatuhlah ia dan mudahlah nafsu, syaitan and the geng dapat control kita. Sbgi contoh, kereta. Kereta ni kalu kita tak jaga dan cuci selalu, dia akan kotor dan berkarat..... Kotoron dia tu akan melekat sebab terlalu lama kita tak cuci and polish. Jadi susah la nak mencucinya Mcm tulah iman dan hati kita, kalu kita terlalu lama tak cuci dan polish iman kita, dosa dan maksiat tulah akan melekat kat hati kita dan menyebabkan hati kita tak tenang serta susah nak beribadat. Jagalah hati dan iman kita sama-sama.


Blog ni juga bukan nak tunjukkan diri ini baik, sbb saya tahu siapa saya disisi Allah. Hanya mahu berkongsi apa yang ilmu saya ada untuk memperbetuli diri sendiri dan rakan2 lain. Kita manusia biasa, bukan maksum, dan bukan Nabi. Kita sering melakukan dosa kerana kita makhluk tuhan yang biasa, insan biasa, tapi kita diturunkan didunia ini untuk di uji oleh Allah dan membawa bekalan ke akhirat. So, biasakanlan diri itu mengingatkan dan berkongsi kepada diri sendiri dan org lain.


Disini sini juga saya bukanlah sebagai ahli PAS, tabligh, PMI, ISMA, ABIM, JIM, HALUAN dan mana2 jemaah lain....tapi saya hidup di dunia ini sebagai hamba ALLAH (Abdullah) dan ingin menjalankan kerja2 Nabi.....InsyaAllah...saya bukan lah hebat mana pun....tapi saya rasa bertanggungjawab untuk menjalankan kerja2 Nabi ini (Dakwah)...


Apa kaitan dengan "pintu masuk"?????....setiap kali nak masuk rumah mesti jumpa pintu pada permulaan...so, samalah dengan blog ini...'pintu masuk' adalah pendahuluan untuk blog ini....