Thursday 21 April 2011

Highway 1



Bagi saya, tujuan kita hidup ini ibarat berada di tgh2 highway. Setiap orang mempunyai destinasi masing2 bila berada di atas highway dan bukan saje2 nak travelling. Kita hidup diatas muka bumi ini pun bukan saje2 nak berseronok, tapi mempunyai matlamat, iaitu destinasi hidup kita. Apa destinasi hidup kita?????? Iaitu bertemu dengan Allah s.w.t di ahkhirat kelak.…Diatas highway mempunyai pelbagai dugaan. Antaranya mengantuk semasa memandu, handphone berdering, sms masuk, hujan, accident dan lain2 lg dugaan. Kalu di dunia pula, maksiat, hiburan melampau, harta kekayaan, pangkat,godaan  wanita bagi lelaki dan lain2 dimana tu semua boleh mengganggu dan memberi dugaan dlm perjalanan hidup kita ini untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Jika tersilap sikit, maka kita akan terbabaslah daripada matlamat kita iaitu bertemu dgn Allah s.w.t. Masyallah, takutnya……

Di R&R adalah tempat kita berehat, mengisi perut yang lapar, tidur jika kita mengantuk dan mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan. Kalu kita lalai di R&R,  lepak  dan tidur terlalu lama maka terganggu lah perjalanan kita. Jika kita lalai, berseronok yang melampau, melupakan syahadah kita, maka kita berdepan masalah bila bertemu Allah s.w.t. Di dunia ni ialah tempat mencari ilmu dan rezeki untuk dijadikan bekalan hingga bertemu dengan Allah. Tetapi jgnlah kita mencari ilmu itu dengan kita melupakan Allah s.w.t dan jgnlah kita mencari rezeki serta kekayaan itu sehingga kita melupakan matlamat hidup kita.  Carilah ilmu dan carilah rezeki kerana Allah s.w.t supaya kita tidak menjadi hamba pada dunia. Sebaik-baiknya Ilmu dan rezeki itu dibawa kejalan Allah s.w.t seperti berdakwah.
Signboard ditepi jalan, tanda hadlaju, tanda jarak perjalanan dan telefon kecemasan ialah alat bantuan dan panduan kita untuk mengelakkan kita dari sesat diatas highway. Panduan kita hidup kat dunia ini adalah al-Quran dan Hadith, para ulama ialah telefon kecemasan bila kita ada masalah supaya kita tidak sesat di dunia. Berpegang pada al-Quran dan Hadith akan menjamin keselamatan hidup dunia dan akhirat. Setiap apa yang kita nak lakukan mestilah berasaskan al-Quran dan Hadith. …. Manakala uban dan pipi kendur pula adalah tanda jarak kita berapa jauh sudah perjalanan. Tapi kematian ini, tak kenal berapa umur seseorg itu. Ia tidak akan lambat sesaat atau awal sesaat. Jika dah smpi masanya, mati tetap mati, tak kira tua atau muda. Maka bersedialah untuk mati.


Yang paling utama ialah beribadahlah pada Allah s.w.t. Ini   adalah paling asas sekali bagi kita hidup di dunia ini.( Ar-Rahman55:15)“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku”. Semua perkara yang baik adalah ibadah termasuklah bekerja untuk mencari rezeki, menuntut ilmu dan bersenam. Tapi, perkara seperti solat, puasa, dan zakat  adalah perkara yang tak boleh kita ambil mudah. Untuk menjadi seorg Islam pekara2 tersebut  mestilah kita lakukan dengan sempurna kerana ia termasuk dlm rukun Islam.

So, igtlah 3 perkara ini dalam perjalanan hidup kita ……..beribadah, menuntut ilmu dan mencari rezeki untuk dijadikan bekalan di depan Allah s.wt kelak nanti......

3 comments:

  1. orang sekarang biasa mengambil mudah berkenaan dengan solat. Solat ibarat tiang agama. Sesiapa yang melaksanakan solat maka dia mendirikan agama. Bagi yang meninggalkan solat, ibarat meruntuhkan agama islam itu sendiri. Jadi persoalan mengapa agama kita sering dipandang rendah oleh bangsa lain bukan kerana apa-apa melainkan salah umat islam itu sendiri. sekian.

    ReplyDelete
  2. walaupun kita sering melakukan dosa.....tapi jgn lupa solat...insyaAllah, Allah setiasa bersama kita jika kita jaga solat.......

    ReplyDelete